Pages

Monday 9 September 2013

c.i.n.t.a




Kata BB tiada dulu tiadalah sekarang...

Hati aku sudah tetap untuk dia, Azmi Bin Abdul Aziz..
my buah hati pengarang jantung,suka mengade-ngade,manja,kdang-kadang comey..
huhuhuhuhuhuuu
makin lame makin nampak cemburu...
tapi xpe,aku suka..

pesan dia kat aku..jangan nakal2,jangan buat benda yang dia xsuke...
PAHAM???

lalalalalaaaa

1 tahun 7 bulan saat yang membahagiakan aku..
dia membuat aku dibuai mimpi yag lena...
membuatkan aku senyum sendiri..
tapi dia mampu membuat aku menangis tanpa henti..

love him more and forever..


memory.....




Memory...

MASYAALLAH, Disaat aku menetapkan bahawa aku hanya akan menyintai dia seorang,kenapa hadirkan aku cinta yang dahulunya aku impikan.Cinta yang tulus,cinta yang suci,cinta yang aku dambakan daripada seorang yang bernama lelaki. Sudah terlalu lama aku simpan cinta itu, di saat aku mahu menanamnya sedalam-dalamnya. Kenapa ia hadir. Butakah mata aku selama ini , atau kami yang bodoh kerana membutakan mata hati.

YA ALLAH.. Teguhkan hatiku ini agar aku tidak lagi berpaling dan berubah hati. Aku sayangkan dia, cintakan dia tapi MEMORY itu datang kembali.

Andainya masa boleh diputarkan, aku ingin kembali saat aku rapat dengan dia, saat aku kenal dia, saat aku selalu kacau dia dulu. Masa itu aku berumur 15 tahun, tingkatan 3. Aku mengambil kelas tambahan di rumah tuisyen ustazah di Kubang Buyung, Losong.
Aku kenal dia di situ, dia duduk di hadapan meja aku. Entah kenapa kau suka kacau dia. Budak nakallah katakan. Aku tengok dia macam budak skema je. tu aku suka kacau dia. Tendang kerusi yang dia duduk , gossip2 pasal dia walaupun sebenarnya takde niat pun.

Hubungan aku dan dia semakin rapat sebenarnya walaupun aku selalu kacau dia. Masa itu aku sudah mula sukakan dia,tapi mungkin cinta monyet je kot. yelah kan ( sekolah lagi kot ) . Niat aku mengacau dia semakin lama semakin berubah,daripada bestfriend tiba-tiba bertukar lebih daripada itu. Tapi waktu itu aku hanya simpan perasaan seorang diri, malu nak luahkan takut tidak di terima kerana dia student Sekolah Menengah Bandar (bagi aku skolah yang top la ) dan aku hanya sekolah biasa sahaja. Hubungan kami semakin erat walaupun PMR sudah berlalu.

Walaupun kami daripada sekolah yang berlainan, kami masih lagi berjumpa pada cuti hujung minggu. Aku bertandang ke rumah dia (melepak, belajar masak ) . Persahabatan kami teguh waktu itu, kadang-kadang aku terfikir ape hubungan aku dengan dia. KAWAN? SAHABAT? KEKASIH?

Selepas peperiksaan SPM, aku dan dia menjejaki kaki ke alam universiti. Dia menyambungkan pelajaran di UiTM Chendering, Kuala Terengganu dan aku pula di UiTM Dungun. Bila dah masuk alam universiti, handphone up to date la kan. Aku selalu bertukar gambar dengan dia, sampaikan aku pernah jadikan gambar dia wallpaper handphone aku (tapi dalam diam ..lalalalaaaa). Aku mula menyayangi dia, menyintai dia. Dulu mungkin aku tidak berani untuk luahkan kerana aku takut istilah perigi mencari timba. Tapi sekarang aku berani meluahkan rasa hati aku,aku tetap akan luahkan walaupun aku akan di REJECT.

Amor... aku save nama dia dengan nama nhe. Mungkin aku gila saat itu kerana menyayangi orang yang belum tentu lagi menyayangi aku, tapi mungkin cinta itu buta kerana aku tak peduli semua itu. Cinta aku tulus buat dia.

Banyak pengalaman kami lalui bersama , ketawa, menangis, marah, sedih. tiada sesaat pun aku rasakan hidup aku kosong bila aku bersama dia. Dia ada bagi aku sebuah lagu .

Everlasting Love by Gerald Joling

It looks like heaven to see you walk,
To see the way you're moving on
Sounds like an angel, when you talk
The words come out like in a song.
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide.
It feels like heaven, to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day just with you I wanna stay, there will be no end..
We've got an everlasting love
So pure, divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time
Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
All the things I used to chase
Every minute of the day just with you
I wanna stay
There will be no end...
We've got an everlasting love
So pure, divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time.
Should you ever, should you ever
Have any doubt about you and me
Please don't ever, no love never
Don't hesitate to tell me how it should be
We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time
We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time
(An everlasting love
An everlasting love...)
song of heart...song of love


Dia kasi lagu ni kat aku...mungkinkah kami sebenarnya suka sama suka??
mungkin aku tidak bertepuk sebelah tangan??
Aku beranikan diri untuk meluahkan perasaan aku kepada dia.Tetapi aku hampa. Dia masih tidak bersedia untuk ada komitmen. Dia pernah katakan yang dia suka dan sayangkan aku, tetapi dia mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran. Dia risau yang dia tidak mampu bahagiakan aku sedangkan aku bahagia kalau dia berada di samping aku. Aku malu sangat, tapi aku masih berusaha untuk dapatkan hati dia. Namun takdir mungkin tidak berpihak kepada aku, kami semakin jauh dan jauh. Aku menyepikan diri,melarikan diri daripada dia.

Alhamdulillah, di saat aku rasa kecewa aku dikhabarkan lulus dalam temuduga Jururawat Masyarakat dan ditawarkan belajar di Kolej Jururawat Masyarakat Batu Pahat. Memang cita-citaku mahu meneruskan tradisi ayah untuk bekerja dalam bidang perubatan. Aku berjaya melarikan diri daripada dia. Ketika inilah aku mengenali W.M.S. Walaupun aku sudah menghubungi dia lagi, tapi aku masih lagi mengikuti perkembangan dia di laman sosial.

Setelah beberapa tahun aku dan dia mendiamkan diri, tiba-tiba dia kembali dalam hidup aku. Hadirnya dia ketika aku sedang bahagia di samping Azmi.

Kini kami hanya kawan biasa, dia tetap akan terus menjadi sahabat baik aku dunia dan akhirat.
cinta tidak semestinya memiliki, melihat dia bahagia,aku bahagia.

Terima Kasih Ya ALLAH kerana memberikan aku seorang lelaki yang bergelar kekasih dan seorang lelaki yang bergelar sahabat, semoga hubungan antara akau dengan mereka terus berkekalan...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...