Pages

Thursday 6 December 2012

SeTaHuN yAnG bERLaLu....

mungkin sesetengah orang Disember penutup tahun...
bagi aku mungkin bukan penutup...
saat2 indah sepanjang tahun nhe buat aku sedar kenangan akan terus segar..
walaupun pahit untuk di telan tapi masih ada yang manisnya...


JANUARI

       Mood yang jatuh merudum,relationship hancur berkecai,kerja yang dinanti2kan xkunjung tiba...
mungkin ini dugaan yang harus aku terima agar aku menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat untuk dugaan seterusnya... aku bersyukur kepada-MU.... walaupun aku sering lalai dengan suruhan-MU,tapi ALLAH masih sayangkan aku... aku bernekad aku takkan menerima lelaki lagi dalam masa terdekat,kerana aku da tak sanggup dikecewakan lagi...

1 Januari 2012 : syok2 layan FB tetibe ade seorang hamba ALLAH nhe menegur aku...tak tahu kenapa aku senang berbual dengan dia..kami tak pernah berbual tentang perasaan..hanya perbualan biasa antara kawan yang x pernah jumpa,tak pernah kenal... hubungan kami semakin rapat seperti dah terlalu lama kenal..
Etek Selamber : itik???? huhuhuhuuu
Azmi Bin Abdul Aziz...


FEBRUARI

      Aku meneruskan kerja aku kat kedai makan berhampiran rumah aku... aku dan dia??
aku ngan MR.Etek...huhuhuhuu...kami hanya berkawan di alam maya..aku x tahu dia umur brapa,kerja apa...yang aku tahu aku selesa meluahkan masalah dan bersembang dengan dia...dia matang berbanding aku...yelah umur dia pown da 27 tahun...nak dibandingkan dengan aku baru 23 tahun... selama aku kenal dia,aku x pernah bertukar nofon..dia pown x pernah mintak,so xkan aku nak mintak plak..
tapi 1 hari dia bagitahu aku yang dia da susah nak online sebab dia sibuk dengan kerja..sedih...mungkin setakat ini je aku ngan dia menjadi kawan..tiba2 dia bagi nofon dia kat aku...upzz...

8 FEBRUARI 2012 : taaaddaaaa....COUPLE sudah..ahaxx... couple tapi x pernah jmpe...aku selesa bersama dengan dia...dengan dia aku rasa dihargai, disayangi, dicintai...mungkin terlalu awal untuk aku menyayangi dia tapi dia buat aku rasa perasaan yang sangat2 berbeza sebelum ni... dia selalu ada untuk aku,aku selalu ada untuk dia...


MAC

       Awal bulan Mac, aku terima surat yang betol2 mengembirakan aku, surat posting ....huhuhuhuu.....
guest what...aku dapat tempat yang aku nak.. NEGERI SEMBILAN... daripada sebelum aku belajar kat KJMBP lagi aku da bercita2 nak kerja kat sana.. ALHAMDULLILLAH doa aku termakbul... mungkin berjauhan dengan family aku kat Terengganu,tapi 2 memang impian aku...aku nak merantau kat negeri kelahiran ibu aku..nanti kalau ibu aku nak datang sini,sekurang2nya ada aku...

20 MAC 2012 tarikh aku lapor diri...agak2 aku dapat daerah mner erk...ibu doa aku dapat Jelebu sebab dekat dengan kampung wan... tapi MR.Etek doa aku dapat dekat dengan kampung dia...
dup dap dup dap jantung aku waktu aku nak terima surat penempatan... ALAMAK ....dapat Jempol pulak..
Klinik Desa Bukit Rokan Barat.... FELDA???? jauh ke? tempatnya cmner? cuak.... orang yang 1st aku call, my father,aku bagitahu ayah aku kena lapor diri kat jempol,mase 2 ALLAH j tahu perasaan aku...aku nak duk jelebu... kemudian aku call MR.Etek..aku ckp kt dia,cube teka aku dapat maner...???

MR.Etek : mesti b dapt kat kampung bb,dekat ngan bahau.....hahhahahhaha

Aku    : b dapat KD Bukit Rokan Barat...daerah Jempol.....sob3

MR.Etek : hahhahahha....da dekat ngan kampung bb... 

masa 2 dia lah orang yang paling gembira sebab dekat dengan kampung dia...aku pulak..terima je la keadaan 2 smbil berfikir.... INI KE DINAMAKAN JODOH.... mungkin ini jodoh aku...INSYAALLAH...

24 MAC 2012 WHAT!!! nak kena bersiap !!!...masa 2 aku duduk kat Felda Palong 3,aku ikot k.faezah balik kampung dia...rasa masakan kampung... tiba2 si dia MR.Etek cakap dia balik kampung minggu ni.. ALAMAK....nak jmpe ke x...hati nak jumpa tapi takot... berdebar2...maklumlah kali pertama jumpa lepas dekat 2 bulan couple...  aku pown bersiap,nak pakai baju apa erk,nak kuar g maner erk....
urmmmmm....tengah duk siap2 2 tiba2 bunyi sms...

'b...bb da sampai palong 3 da....' dup dap dup dap...nervous... -.-

dia sampai depan rumah k.faezah, dia bawak kereta wira putih..dia pakai t-shirt,jeans n kasut...
lega tapi berdebar,ayah k.faezah jemput dia masuk rumah..dia layan j..dalam pukul 11.30 pagi kami keluar, saya ajak dia pergi beli barang2 sikit sebab tak lama lagi saya akan berpindah ke Felda Bukit Rokan Barat
( BRB)..selepas beli barang2,kami gerak ke BRB...nak pergi tengok rumah...pada awalnya kami banyak mendiamkan diri...tapi lepas 2 celoteh tak habis2..

*first date*


APRIL

     selama 1 minggu orientasi di KK Bahau..banyak yang da lupa tapi aku tekun pelajari balik dan kukuhkan skill kerja aku... Alhamdulillah..  bila dah lama aku tinggalkan kerja2 nhe..sekarang nhe aku masih mampu menjalankan tugas aku sebagai jururawat masyarakat dengan baik....
gaji bulan nhe x dapat lagi...menunggu gaji la pulak... T.T

29 APRIL 2012 .... my 2nd date....huhuhuhuuu..... 'BRB' kenangan yang x mungkin aku lupa..biarlah kenangan 2 menjadi sejarah terindah antara kami..... love u syg....


MEI

       agak2 gaji keluar tak bulan nhe??  wait an see ain....

2 MEI 2012 .... birthday MR.Etek...nak sambut tapi dia nak kuar dengan kawan2 dye... mggu 2 ade sambutan hari belia dekat kampung dia so dia nak kuar dengan kawan2 dia la... and sebagai girlfriend yang baik hati aku benarkan walaupun pada masa yang sama aku teringin nak sambut dengan dia...
tapi aku tak tahu rupa2nya dia tak suka sambut birthday...kawan2 dia ajak p segamat...and dia pergi...
tinggal aku sorang2... urmmmm.... untuk dia aku sanggup rasa sakit janji dia happy T.T

8 Mei 2012 hari yang bermakna bagi aku..MR.Etek cuti..lalallallaa... dia ajak aku keluar p date ...lalallalaa...
kami pergi beli barang dapur rumah aku,jalan2...pastu dia hantar aku balik...tapi masa 2 awal lagi,baru dekat pukul 4 petang.. so dia ajak aku keluar lagi.. aku follow je la...tapi tiba2 dia masuk jalan rompin... aiiikk... nak pegi maner nhe...aku dah pelik dah...

aku : bb...kite nak g mana nhe??

MR.Etek : kita pergi kampung bb...rumah mak..hihihihiiii

aku : alaa.....takkan nak pergi rumah mak b pakai camnie,t-   shirt,jeans, tudung....simple gler...

MR.Etek : bb tak suka b kena buat persediaan nak jumpe mak...nak pakai baju kurung la...xyah pakai camtu....

time 2 aku termenung kejap...kami singgah kedai buah...nervous giler... TOLONG....
tapi ALHAMDULILLAH syukur... mak MR.Etek ok je...boleh bawak sembang2...mula2 takot...huhuhuhuu
tapi bila dah lame oK je...

...to be continue.....






Monday 12 March 2012

mengisi masa terluang

kini menghitung hari....
saat yang dinantikan kian dekat...
persediaan???
urmmm.....
da settle kowt..
malas nk tulis panjang2...
sekarang musim hujan....
susah nk gerak p mner2...
ksian my baby...asyik kene ujan jep....

my baby...motor LC135

XOXO

Friday 9 March 2012

Bermulanya disini...Jururawat Masyarakat Pelatih Batch Januari 2009..



Syukur kepada-Mu yang mendengar doa kami dan mempermudahkan jalan kami...
Alhamdulillah...

Setelah 8bulan setengah student JURURAWAT MASYARAKAT intake JANUARI 2009 menjadi penganggur yang tegar... akhirnya surat panggilan untuk posting kunjung tiba jua...


Pelbagai dugaan yang kami tempuh sepanjang 8bulan menjadi penganggur... susah perit kami hanya tuhan yang tahu.. ragam2 orang sekeliling yang asyik bertanyakan bila agaknya kami posting dah terjawab.. bukan kami yang tak mahu bekerja tetapi rezeki belum ada.. tapi apakan daya kami, kami tak mampu menutup mulut orang, kami hanya mampu tersenyum dan mendiamkan diri...


Penyiksaan selama menunggu panggilan posting amat menyakitkan, orang kata kalau jadi student goverment, xkan menganggur lama2 tetapi batch kami menjadi bukti bahawa walaupun kami student goverment kamitetap kena menunggu..kepada manusia2 yang x memahami masalah ini yang pernah berkata :



  • kami mungkin GAGAL semasa exam n xdapat keje...
  • kami menipu je yang kami student goverment...


Sekarang dah terbukti yang kami memang layak bergelar Jururawat Masyarakat yang telah terpilih semasa sesi temuduga 4 tahun yang lepas dan telah menamatkan latihan kami selama 2 tahun setengah di Kolej Jururawat Masyarakat.. 

Kepada rakan2 yang akan bergelar Jururawat Masyarakat yang secara sahnya menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat pada 20 MAC 2012 , saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga kita akan bergelar jururawat masyarakat yang cemerlang walupun kita da menganggur selama 8 bulan... ^^,
Sama2 lah kita mempraktikkan skill2 yang da kita pelajari semasa praktikal n class kita dlu...
walau kt maner kita tercampak...kita tetap berusaha lakukan yang terbaek...okeyp..

Kepada rakan2 Kolej Jururawat Mayarakat Batu Pahat, ain harap setiap memori yang kita ada kt kolej dlu menjadi kenangan terindah lam hidup kita... bermulanya kita kat sner daripada 0 dan sekarang insyaALLAH kita dah peroleh banyak ilmu dan skill untuk kita praktikkan nanti.. 
1 JANUARI 2009 saat permulaan kita..
30 JUN 2011 berpisahnya kita mengikut haluan masing2 setelah selama2 thn stgh kita mnjadi adk-bradik..ain harap kita akan berjumpa lg... 81orang... i miss u all.. T.T







lot of love
kyna
ain

XOOX

Monday 6 February 2012

menunggu dan terus menunggu~

setiap hari aku hnya menunggu
tunggu kehadiran dye
smpai bile aku akn menunggu???
sampai aku yakin dye bukan untukku
mungkin agak keterlaluan bila aku kata cmnie
tp realitinya
aku akn terus menunggu...

P/S : benda yang paling kita xsuka ' MENUNGGU '....

Saturday 4 February 2012

IMPIAN KAHWIN....

Setiap orang mesti ada impian kahwin masing2 kan, seronoknya orang dah jumpa pasangan yang ditakdirkan untuk mereka. Saat yang dinantikan dalam hidup setiap orang, setiap gadis dan jejaka. Bila perasaan untuk SETTLE DOWN dah sampai~ tuhan sahaja yang tahu...

So tak nak celoteh banyak- banyak, IMPIAN PERKAHWINAN saya.


~MaJLiS TuNaNG~


~MaJLiS KaHWiN~




















impian perkahwinan...walaupun xde calon xsalah lau nak berangan kn??
hehehhehee

p/s : moga impian menjadi kenyataan

^^, XOXO

Friday 3 February 2012

SUKA? MINAT? CINTA? @ NAFSU?



Kita selalu bertanya kepada diri kita ape perasaan sebenar kita terhadap dia, adakah suka? hanya minat? atau kita benar2 cintakan dia...yang mner 1 sebenarnya prasaan kita terhadap dia.

Secara umumnya CINTA didefinisikan oleh ahli psikologi ialah "an endurancing sentiment toward a person producing a desire to be with person and concern for the happiness an satisfactions of the person" 
(The Penguin Distionary Of Psychology).

seseorang yang bercinta mempunyai perasaan yang kuat terhadap pasangannya dan sanggup berkongsi segala-galanya bersama.senang ceritakan SANGGUP SEHIDUP SEMATI DENGAN ORANG YANG DICINTAI. Cinta membuatkan kita sanggup lakukan apa sahaja demi dia agar dia bahagia walaupun hakikatnya kita sengsara. Cinta perasaan yang ingin dimiliki n memiliki..Cinta x akan buat kita memaksa org yg kita sayang menyintai kita.Cinta akan datang tanpa kita sedar.Cinta memerlukan pengorbanan.

CINTAILAH DIA JIKA ANDA BENAR2 INGIN MENJADIKAN DIA SAH DAN HALAL BUATMU

SUKA pulak kan satu perasaan suka n senang dengan seseorang yang mungkin mempunyai minat atau sikap yang sama dengan kita. Tapi suka xbermaksud kita sanggup sehidup semati dengan orang tu...Suka menyebabkan kita ingin memilikinya. INGIN MEMILIKI XBERMAKNA CINTA tau. Dan kebiasaannya sahabat baik kita terdiri daripada orang yang kita suka,tapi kan sahabat kita tak akan sanggup berkorban demi kita berbanding orang yang cintakan kita yang sanggup berkorban demi kita.

MINAT, bermula daripada suka bertukar kepada minat. Contohnya, kita suka seseorang n kita menjadikannya idola ( contoh : Tun Dr Mahathir Mohammad ) . Kadang2 kita hanya menyukai tapi kita x meminatinya. Menyukai dan meminati tidak semestinya menyintai mereka. Mereka hanya sekadar diminati dan dijadikan idol,dan bila kita meminati seseorang tidak semestinya sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka yang kita minati. Apatah lagi berangan-angan untuk sehidup semati dengan idola kesayangan kita tu kan.

NAFSU , keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. Kadangkala CINTA zaman sekarang ni berlandaskan nafsu semata-mata lebih2 lagi remaja sekarang yang banyak terdedah dengan propaganda barat. Disebabkan hubungan yang berlandaskan nafsu, banyak kes jenayah yang berlaku contohnya buang bayi, kes rogol, n kes bunuh. Hebatnya dunia sekarang kan? Cinta kerana nafsu, hubungan yang tidak akan kekal dan hanya bersifat sementara. Bila sudah bertemu dengan yang laen, ditinggalkan begitu saja.
Habis madu, sepah dibuang merata.

=> Kadangkala CINTA tidak semestinya kita memilikinya, jika kita Cintakan seseorang tu kita kena belajar melepaskan dia,biarkan dia melakukan apa sahaja yang dia suka cz CINTA TIDAK SEMESTINYA KITA MEMILIKINYA..

Kerana kita sukakan seseorang kita akan sentiasa mahukan dia ada disamping kita kerana kita selesa bersama dengannya, tapi suka xsemestinya kita menyintainya kerana KITA TAK AKAN BERKORBAN N SANGGUP SEHIDUP SEMATI DENGAN ORANG YANG KITA SUKA MELAINKAN KITA MENYINTAINYA.



p/s : kerana CINTA aku kecewa , kerana CINTA juga aku bahagia.
"Ya Allah, permudahkanlah jodohku dengan jodoh yang telah ENGKAU tetapkan untuk diriku."

^^, XOXO

Thursday 2 February 2012

berCINTA sebelum berKAHWIN? berKAHWIN baru berCINTA...

SOAL PERKAHWINAN!!..ape kata anda tentang BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN dan BERKAHWIN BARU BERCINTA..zaman teknologi cmnie kan ramai yg lebih suka kenal dan berCOUPLE dlu bru la berkahwin..
tapi kan tapi bila kita tengok n perhatikan balik zaman 60an 70an rmai je orang kahwin baru bercinta kan?
n diorang bahagia j dgn pasangan masing2...
cmner 2?   hihihihihihiii

tapi HAKIKATnya sebuah perkahwinan tidak kiralah zaman dahulu @ zaman sekarang ni adalah sama iaitu penyatuan antara lelaki dan perempuan bagi membentuk sebuah ikatan atas nama kasih sayang serta rasa tanggungjawab dan amanah terhadap satu sama lain.

so...sekarang kita nak pilih yang mner???

>BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN< 
>BERKAHWIN BARULAH BERCINTA<
jeng....jeng...jenggg....
besar persoalan tu kan???

sabda Rasulullah SAW : "Tidak kami dapati pada dua orang yang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jadi sangat jelas terbukti salah satu sebab seseorang itu perlu dikahwinkan kerana terbitnya rasa kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan, ia juga dapat mengelakkan maksiat antara mereka. Wahai ibu dan bapa sekiranya anak meminta untuk dikahwinkan,adalah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa mengahwinkan anak mereka. Dan sekiranya ibu dan bapa enggan membenarkan tanpa sebarang sebab dan alasan yang munasabah, syarak menentukan si anak gadis boleh dinikahkan oleh wali hakim.

> So buat rakan2 yg mengalami CINTA TERLARANG walaupun syarak membenarkan,adalah lebih baik anda bersabar menunggu restu daripada keluarga..Restu daripada keluarga especially ibu n bapa anda. Mintalah pendapat daripada mereka, tanyakan kenapa mereka tidak merestui hubungan kalian, mungkin ada sebab yang kita xtahu.
Setiap tindakan ibu bapa kita mempunyai sebab2 tertentu, jalan penyelesaiannya " slow talk " .
Sekiranya anda membantah secara terang-terangan nnt pasangan anda turut akan menjadi mangsa tempias kebencian.
SABAR itu separuh daripada iman.....

BERKAHWIN BARU BERCINTA???

upzzzZZ.....xsuke..xsuke...xsuke....
lau berkhwin dlu kan... Kalau tetibe hati xsayang, xcinta, xberkenan,smue bnde ade je yg xkena cmner????

Kata orang xkenal maka xcinta...Tapi kalau da kenal tp cinta kunjung tiba jgak cmner??
Bersabarlah wahai rakan mungkin cinta 2 lambat hadir...Percayalah andai jodoh anda bersama, akan hadir jgak cinta tu..n walau banyak dugaan yang menimpa andai takdir dah tersurat dia milik kamu...dia akn jd milik kamu juga...

tapi sebelum anda berkahwin dengan orang yang anda x cinta tu kan, berkenalanlah dahulu dengannya, berjumpa dahulu dengan dia.

Rasulullah SAW menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang akan dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu Al-Mughirah Bin Syu'bah.
"Baginda menyarankan agar beliau melihat terlebih dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini." (hadis riwayat al- Tarmizi)

tidak memadai jika hanya ibu bapa yang mengenali si dia kerana bukan ibu bapa kita yang ingin hidup bersamanya..TAPI KITA..

> sekiranya anda buntu dalam membuat keputusan, berdoalah kepadaNYA : " Ya ALLAH , aku mencintai dia ( sebut namanya ) dan aku ingin menjadi teman hidupnya hingga ke akhir hayatku. Andai dia mampu menjadi pasangan yang baik untuk masa depanku, ibu bapaku, dan agamaku, maka permudahkalah urusan jodoh kami dan bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk menerimanya. sebaliknya andai dia bukan terbaik untukku, KAU bukakanlah pintu hatiku untuk menerima calon pilihan ibu bapaku dan bantulah aku untuk melupakan dia "

INGATLAH !!!

Perkahwinan bukan semata - mata sepakat untuk membina kasih sayang tetapi sebaliknya merupakan permulaan bagi memikul tanggungjawab dan amanah sebagai suami dan isteri.
CINTA DAN KASIH SAYANG ITU ANUGERAH!!!
ia akan wujud apabila kita benar2 ikhlas terhadap seseorang.

setiap dugaan yang menimpa kita, kita haruslah ikhlas dan redha dalam menghadapi dugaan tersebut...
Andai itu takdirnya..terimalah dengan redha...


p/s : saya yang menunggu cinta jatuh ke riba...hihihihiii...

^.^ XOXO

Wednesday 11 January 2012

bicara tentang CINTA


bila hati da CINTA
kalau berpisah beribu tahun pun andai cinta dan jodoh ada
seribu tahun lamanya akan kembali jua bersama
itu dinamakan CINTA
CINTA tu aneh sangat kan
kadang2 bila kita menyintai dia
dia tak menyintai kita
bila dia menyintai kita
kita pulak sebaliknya
anehnya cinta
walaupun sakit teramat sangat
kerana CINTA kita berusaha menjadi kuat
kadang2 CINTA tu sukar untuk dicapai
kadangkala cinta tu hadir tanpa diminta
tapi percayalah CINTA amat indah walaupun berliku2

p/s >sebelum CINTA kan manusia CINTAILAH ALLAH....kerana CINTA KEPADANYA ADALAH CINTA YANG KEKAL HAKIKI....dan sebelum cintakn seseorang...cintailah diri sendiri...

Tuesday 3 January 2012

day after tomorrow




aaaceeehhhh
om putih skit tajok

azam ntuk bulan nhe ( januari 2012 )

1) settlekan lesen yg x settle2 lg
2) turunkan berat badan yang da melampau2 nhe ^^,
ngeh3
3) cube lupekan pe da berlalu ngan sikap yg lebih +VE
4) dapatkan kerja secepat mungkin

4 PERKARA yg paling penting ntuk saya settlekan bulan nhe
harap2 senang j la ntuk menyettlekan 4 perkara nhe
nk bz kn diri ntuk lupakan dia

yeeaaahhhh
ain!!!FIGHTING!!!!!!
u can do it!!!

 xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...