Pages

Friday, 3 February 2012

SUKA? MINAT? CINTA? @ NAFSU?



Kita selalu bertanya kepada diri kita ape perasaan sebenar kita terhadap dia, adakah suka? hanya minat? atau kita benar2 cintakan dia...yang mner 1 sebenarnya prasaan kita terhadap dia.

Secara umumnya CINTA didefinisikan oleh ahli psikologi ialah "an endurancing sentiment toward a person producing a desire to be with person and concern for the happiness an satisfactions of the person" 
(The Penguin Distionary Of Psychology).

seseorang yang bercinta mempunyai perasaan yang kuat terhadap pasangannya dan sanggup berkongsi segala-galanya bersama.senang ceritakan SANGGUP SEHIDUP SEMATI DENGAN ORANG YANG DICINTAI. Cinta membuatkan kita sanggup lakukan apa sahaja demi dia agar dia bahagia walaupun hakikatnya kita sengsara. Cinta perasaan yang ingin dimiliki n memiliki..Cinta x akan buat kita memaksa org yg kita sayang menyintai kita.Cinta akan datang tanpa kita sedar.Cinta memerlukan pengorbanan.

CINTAILAH DIA JIKA ANDA BENAR2 INGIN MENJADIKAN DIA SAH DAN HALAL BUATMU

SUKA pulak kan satu perasaan suka n senang dengan seseorang yang mungkin mempunyai minat atau sikap yang sama dengan kita. Tapi suka xbermaksud kita sanggup sehidup semati dengan orang tu...Suka menyebabkan kita ingin memilikinya. INGIN MEMILIKI XBERMAKNA CINTA tau. Dan kebiasaannya sahabat baik kita terdiri daripada orang yang kita suka,tapi kan sahabat kita tak akan sanggup berkorban demi kita berbanding orang yang cintakan kita yang sanggup berkorban demi kita.

MINAT, bermula daripada suka bertukar kepada minat. Contohnya, kita suka seseorang n kita menjadikannya idola ( contoh : Tun Dr Mahathir Mohammad ) . Kadang2 kita hanya menyukai tapi kita x meminatinya. Menyukai dan meminati tidak semestinya menyintai mereka. Mereka hanya sekadar diminati dan dijadikan idol,dan bila kita meminati seseorang tidak semestinya sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka yang kita minati. Apatah lagi berangan-angan untuk sehidup semati dengan idola kesayangan kita tu kan.

NAFSU , keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. Kadangkala CINTA zaman sekarang ni berlandaskan nafsu semata-mata lebih2 lagi remaja sekarang yang banyak terdedah dengan propaganda barat. Disebabkan hubungan yang berlandaskan nafsu, banyak kes jenayah yang berlaku contohnya buang bayi, kes rogol, n kes bunuh. Hebatnya dunia sekarang kan? Cinta kerana nafsu, hubungan yang tidak akan kekal dan hanya bersifat sementara. Bila sudah bertemu dengan yang laen, ditinggalkan begitu saja.
Habis madu, sepah dibuang merata.

=> Kadangkala CINTA tidak semestinya kita memilikinya, jika kita Cintakan seseorang tu kita kena belajar melepaskan dia,biarkan dia melakukan apa sahaja yang dia suka cz CINTA TIDAK SEMESTINYA KITA MEMILIKINYA..

Kerana kita sukakan seseorang kita akan sentiasa mahukan dia ada disamping kita kerana kita selesa bersama dengannya, tapi suka xsemestinya kita menyintainya kerana KITA TAK AKAN BERKORBAN N SANGGUP SEHIDUP SEMATI DENGAN ORANG YANG KITA SUKA MELAINKAN KITA MENYINTAINYA.



p/s : kerana CINTA aku kecewa , kerana CINTA juga aku bahagia.
"Ya Allah, permudahkanlah jodohku dengan jodoh yang telah ENGKAU tetapkan untuk diriku."

^^, XOXO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...