tapi kan tapi bila kita tengok n perhatikan balik zaman 60an 70an rmai je orang kahwin baru bercinta kan?
n diorang bahagia j dgn pasangan masing2...
cmner 2? hihihihihihiii
tapi HAKIKATnya sebuah perkahwinan tidak kiralah zaman dahulu @ zaman sekarang ni adalah sama iaitu penyatuan antara lelaki dan perempuan bagi membentuk sebuah ikatan atas nama kasih sayang serta rasa tanggungjawab dan amanah terhadap satu sama lain.
so...sekarang kita nak pilih yang mner???
>BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN<
@
>BERKAHWIN BARULAH BERCINTA<
jeng....jeng...jenggg....
besar persoalan tu kan???
sabda Rasulullah SAW : "Tidak kami dapati pada dua orang yang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Jadi sangat jelas terbukti salah satu sebab seseorang itu perlu dikahwinkan kerana terbitnya rasa kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan, ia juga dapat mengelakkan maksiat antara mereka. Wahai ibu dan bapa sekiranya anak meminta untuk dikahwinkan,adalah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa mengahwinkan anak mereka. Dan sekiranya ibu dan bapa enggan membenarkan tanpa sebarang sebab dan alasan yang munasabah, syarak menentukan si anak gadis boleh dinikahkan oleh wali hakim.
> So buat rakan2 yg mengalami CINTA TERLARANG walaupun syarak membenarkan,adalah lebih baik anda bersabar menunggu restu daripada keluarga..Restu daripada keluarga especially ibu n bapa anda. Mintalah pendapat daripada mereka, tanyakan kenapa mereka tidak merestui hubungan kalian, mungkin ada sebab yang kita xtahu.
Setiap tindakan ibu bapa kita mempunyai sebab2 tertentu, jalan penyelesaiannya " slow talk " .
Sekiranya anda membantah secara terang-terangan nnt pasangan anda turut akan menjadi mangsa tempias kebencian.
SABAR itu separuh daripada iman.....
BERKAHWIN BARU BERCINTA???
upzzzZZ.....xsuke..xsuke...xsuke....
lau berkhwin dlu kan... Kalau tetibe hati xsayang, xcinta, xberkenan,smue bnde ade je yg xkena cmner????
Kata orang xkenal maka xcinta...Tapi kalau da kenal tp cinta kunjung tiba jgak cmner??
Bersabarlah wahai rakan mungkin cinta 2 lambat hadir...Percayalah andai jodoh anda bersama, akan hadir jgak cinta tu..n walau banyak dugaan yang menimpa andai takdir dah tersurat dia milik kamu...dia akn jd milik kamu juga...
tapi sebelum anda berkahwin dengan orang yang anda x cinta tu kan, berkenalanlah dahulu dengannya, berjumpa dahulu dengan dia.
Rasulullah SAW menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang akan dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu Al-Mughirah Bin Syu'bah.
"Baginda menyarankan agar beliau melihat terlebih dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini." (hadis riwayat al- Tarmizi)
tidak memadai jika hanya ibu bapa yang mengenali si dia kerana bukan ibu bapa kita yang ingin hidup bersamanya..TAPI KITA..
> sekiranya anda buntu dalam membuat keputusan, berdoalah kepadaNYA : " Ya ALLAH , aku mencintai dia ( sebut namanya ) dan aku ingin menjadi teman hidupnya hingga ke akhir hayatku. Andai dia mampu menjadi pasangan yang baik untuk masa depanku, ibu bapaku, dan agamaku, maka permudahkalah urusan jodoh kami dan bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk menerimanya. sebaliknya andai dia bukan terbaik untukku, KAU bukakanlah pintu hatiku untuk menerima calon pilihan ibu bapaku dan bantulah aku untuk melupakan dia "
INGATLAH !!!
Perkahwinan bukan semata - mata sepakat untuk membina kasih sayang tetapi sebaliknya merupakan permulaan bagi memikul tanggungjawab dan amanah sebagai suami dan isteri.
CINTA DAN KASIH SAYANG ITU ANUGERAH!!!
ia akan wujud apabila kita benar2 ikhlas terhadap seseorang.
setiap dugaan yang menimpa kita, kita haruslah ikhlas dan redha dalam menghadapi dugaan tersebut...
Andai itu takdirnya..terimalah dengan redha...
p/s : saya yang menunggu cinta jatuh ke riba...hihihihiii...
^.^ XOXO
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment